Khamis, 2 Januari 2020

Contest give away Tupperware ampang : tahun 2020 sangat sangat bertuah dapat Tupperware FREE

Assalammualaikum
Sebelum pakcik berleter panjang.. mari pakcik belanja video sedikit untuk hiburan anda semua




Sebelum itu, pakcik ingin mengucapkan tahniah kepada 5 pemenang yang lepas saringan dan syarat untuk pakcik pilih dari ribuan orang yang mencuba nasib. Pakcik memang berniat nak bantu anda dan niat yang anda nyatakan seperti membantu murid dan orang susah sangat menyentuh perasaan pakcik. Oleh itu pakcik memilih 5 orang. Pada asalnya pakcik nak pilih seorang sahaja.

Berikut adaklah number fone anda yang berjaya. Pakcik sudah hubungi dan insyallah pakcik akan post ke tempat anda..

First batch dimenang oleh puan lina yang mana membawa pulang 4 kotak Tupperware untuk acara majlis amal dan syukur pakcik sendiri hantar di Damansara.


Pakcik gembira bertemu dengan insan hebat dengan membuat semua orang gembira.

Untuk 5 kotak extra adalah diumumkan nama

pemenangnya..







Pakcik sangat terharu dengan sokongan dan penglibatan anda semua, namun ada juga yang memberi sesuatu yang membuat pakcik serik.

Ada yang call pakcik seperti mendesak pakcik, ada yang whats app berjela jela nak semua hadiah. Ada juga yang mempertikaikan apa yang pakcik buat. Betul betul pelbagai ragam dan dugaan. Namun, pakcik tetap mengambil yang baik baik sahaja

Pakcik memang selalu berfikiran positif dan sebab tu pakcik dah bertahan dah 11 tahun dalam bisness ini. Bisnes yang sangat pakcik sayang dan bisnes yang telah mengubah hidup pakcik secara keseluruhannya.

Ohhh ya..

Sebelum pakcik terus berbual lebih panjang..
Untuk yang nak tahu apa yang mereka dapat adalah 1 kotak item ini untuk pelbagai acara bukan berbentuk peribadi..






Sedih dan menyedihkan..
😫😤😫😩🥺😢😭
Begitu ramai orang yang nak barang yang pakcik ada ini sampai berkotak kotak pakcik simpan dah bertahun bawah katil. Actually pakcik dapat barang ini pun FREE jer.. ada orang yang budiman bagi pakcik 4-5 tahun lepas. Pemberi tu memang ada 6 kotak dan setiap kotak ada 50 biji. Jadi tak elok lah pakcik nak jual.. berapa sen pun kalau dijual dapat untung.
Pesan orang yang bagi dulu, supaya pakcik gunakan dan berikan kepada yang benar benar mahu..
Memang pakcik nak bagi !!
Yang menyedihkan..
Bila mana pakcik nak bagi..
Ada yang..
1. NAK SEMUA.. Tamak !! 😤
Hampir separuh memang msg dan bila pakcik tanya mereka kata nak sedosen.. nak bagi mertua la.. lama mengidam.. kenapa tak ada yang nak FIKIR ORANG LAIN. Mintak je lah 1 sahaja. Supaya ramai yang rasa. Kalau nak semua.. baik jadi BINI pakcik je. Seluar dalam pakcik pun pakcik bagi..
2. MERENGEK NAK tapi KEDEKUT nak SHARE.🥵
Hampir 2% sahaja yang msg pakcik dari ratusan yang pm pakcik yang SHARE. Kekadang share ini benda yang FREE dan hanya tekan butang SHARE je pun.. share je la kat group Mana mana. Beratnya nak mintak tolong share. Mungkin nak tekan butang share tu kena bayar RM1.00 kot. Rasa tak berbaloi. Give and take la sis oii. Pakcik tengok kan jer korang semua. Memang sedih.. paling sedih. Tak ada pun yang nak FOLLOW atau ADD FRIEND pakcik. Yer lah. Pakcik sedar siapa pakcik. Apa lah salah ya add pakcik sebagai kawan supaya kita dapat menjadi kawan dimuka buku..
3. KUTUK dan SINDIR pakcik tak BALAS msg whats app😱
Memang ini pakcik sangat sedih. Ada yang pakcik rasa tak patutlah. Pakcik tak mintak duit u olz se sen pun dan pakcik berhak nak bagi kat siapa sahaja ikut pertimbangan pakcik. Ini tidak, pakcik lambat sikit balas, dah merungut macam macam. Ada yang cakap “ pot pek pot pek “ la.. memang pakcik tak faham, apakah anda memang ada sifat begitu dan majoriti yang bersikao begitu adalah perempuan. Malu lah kak.. macam tu.
——
Bila pakcik nak bagi Give Away ini pakcik rasa dah serik. Memang yang berjaya lepas tapisan pakcik dan pakcik post pun pakcik tanggung. Apa yang pakcik dapat. Nak dapat pahala awalnya, dah jadi dapat dosa.
Pakcik tak akan terus untuk STOP kerana ada yang bertindak diluar keterbatasan dan pakcik yakin, dikalangan yang msg pakcik pasti ada yang baik hati juga. Elok bagi salam dan memang lembut tutur bahasa. Pendek kata , tenang hati nak berbual dengan dia.
Pakcik bukan orang yang marahkan nyamuk kelambu dibakar dan pakcik tetap nak habiskan barang tu dan pakcik ucapkan tahniah yang dah berjaya mendapat hadiah yang menjadi penutip acara tahun 2019 !!
Semoga kedatangan 2020 akan memberi borakah kepada pakcik dan Team Power. Untuk anda yang sudah join Tupperware Malaysia team power, pakcik ucapkan welcome to Team hebat nombor #1 di Malaysia.
Untuk yang pakcik terlepas pandang untuk dapatkan something dari pakcik. Sudi sudikan Whats app pakcik dengan menekan link dibawah.
Kalau boleh dan lebih manis. #SHARE lah sekali.. kalau 2 kali lagi pakcik sayang. Kalau berkali kali.. memang pakcik bagi 💋 diangin lalu.
Ini link untuk anda click.

















Hai, salam hebat luar biasa..
Saya Syamputra Razali, berasal dari Malaysia. Dikenali dengan nama panggilan “Pakcik Tupperware”.
Saya mula mengenali Tupperware sejak tahun 2010 dimana ketika itu saya hanyalah ahli biasa (consultant) yang membantu kakak saya untuk berniaga secara separuh masa. Selepas mengetahui betapa hebatnya Tupperware dan peluang, saya mencapai status “Director” dan terus melangkah sehingga menjadi “Executive Director” didalam Tupperware di Malaysia.
Saya masih merupakan pensyarah di Institut Pengajian Tinggi MARA di Malaysia. Atas kerana saya ingin menjana pendapatan sampingan, Saya sahut cabaran untuk berjuang menjalankan perniagaan secara atas talian (online) sahaja. Di Hujung minggu, Saya juga bertemu rakan niaga saya (downline) pada waktu hujung minggu dan membuat demontrasi “party Tupperware” untuk menyampaikan maklumat tentang perihal Produk Tupperware yang hebat ini. Saya juga sangat gembira apabila mendapat galakan dari upline yang juga merupakan Queen of Tupperware Malaysia (champion in Malaysia) iaitu Shireen Tan sehingga saya juga pernah berjaya muncul sebagai penerima anugerah jualan tertinggi (Rainbow Award) dan merupakan penerima pertama lelaki kereta Honda Civic secara percuma melalui (Cars Challenge)
Walaupun saya menjalankan perniagaan secara separuh masa, namun, saya yakin akan kemampuan syarikat Tupperware yang senantiasa memberikan produk yang berinovasi dan mesra pengguna sehinggakan saya telah berjaya mempunyai lebih 3000 orang rangkaian agen jualan diseluruh Malaysia dengan jualan tahunan RM6 juta.
Dengan pendapatan 5 angka sebulan, saya mempunyai kebebasan dari segi kewangan (financial freedom) dan juga saya mempunyai pendapatan sampingan (extra income) yang boleh membantu keluarga saya hidup lebih sempurna.
Saya yakin, lelaki juga mampu berjaya jika ada perancangan dan strategi perniagaan yang betul disamping plan pemasaran yang sudah terbukti hebat dari Tupperware Malaysia.
Saya ingin berkongsi TIPS untuk berjaya dalam bisnes Tupperware ini :
1. Pasang Impian dan buat tindakan (DREAM BIG and ACTION)
2. Guna dan sebarluaskan manfaat penggunaan produk Tupperware yang hebat (Use it, feel it)
3. Bekerja didalam satu pasukan (work in a TEAM)
4. Fokus dalam matlamat dan kejar dengan semangat (Extra Energy)
5. Yakin akan kehebatan produk (Confident tupperware brand)
Saya akan terus berazam untuk melangkah dengan lebih kuat dalam perniagaan ini yang mana boleh menjadikan hidup saya menjadi lebih baik dan sempurna.
Terima kasih kepada rangkaian agen jualan saya Team Power dan organisasi Advanced Sales Group (ASG) yang membawa saya mencapai impian saya menjadi realiti.
Harapan saya agar seluruh peminat Tupperware dan juga rakyat Malaysia merebut peluang keemasan ini dengan mendaftar sebagai ahli Tupperware dan bertindak sebagai agen jualan yang boleh membantu lebih ramai orang diluar sana.
Dengan produk berkualiti dan jenama yang diakui, Tupperware akan terus hebat dan mencipta legasi dipentas yang tersendiri.
Untuk anda yang ingin berhubung dengan saya boleh hubungi ditalian +60123993947
Saya sedia menghulur tangan dan membantu anda sehingga berjaya.
Salam aidilfitri dan hebat luar biasa,
Syamputra Razali
ASG Malaysia



"Boleh Ker Kaya Jual Bekas Plastik nie Syam oii Gaji ko pensyarah tu tak cukup cukup lagi ker ?" - suara pertanyaan soalan kawan lelaki (nada hairan) yang sedang melihat aku terbongkok bongkok mengangkat barang dari rumah warden tingkat 7 untuk ke party Tupperware Tahun 2010. 11 tahun yang lalu.
.
ada pulak terserempak dengan kawan sekolah dishopping mall dan dialog ini dia tuturkan.
"syam.. aku dengar .. ko dah jual tupperware pulak.. geng geng makcik makcik la ko sekarang.. party party.."- ejekkan seorang yang masih terniang dalam fikiran aku.. sambil dia ketawa kecil seolah olah memperlekehkan perniagaan aku ini.
.
MEMANG BETUL !!
- Tupperware ramai makcik makcik dan hakak hakak.

MEMANG BETUL
- Jual tupperware nie tak dpt beli jet peribadi ataupun kaya raya berharta duit berbillion..

MEMANG BETUL
- Meniaga tupperware susah kalau lelaki yang jual. TAK PERNAH dibuat orang !!
.
semua itu.. dan semua kata kata itu dah MASAK (lali) dengan telinga ini. Malah, hati aku pun pernah terdetik dan berkata kata dan turut menyokong kata kata negetif tu yang akhirnya buat aku menitik air mata memikirkan apa nak buat lagi satu ketika dulu. Aku tiada sapa sapa. Tiada bahu nak bersandar.

. memang semua tu betul.. tapi kalau difikirkan je.. memang tak akan maju la kita sampai bile bile. Ikutkan kata orang, alamatnya periuk tak ada nasi. Sebab risau dan malu dikatakan orang. Aku bukan niaga benda HARAM atau mencuri hak orang. Aku meniaga bekas plastik yang mana untung seringgit dua sahaja untuk reseki sesuap nasi.

lalu, aku mengeluk saku sendiri dan tengok poket aku ada berapa ringgit. Ada RM2.00 jer. Aku bertanya pada diri sendiri.
”Orang yang perlekehkan kau tu ada bagi BERAS ker atau masukkan duit dalam duit poket kau”. Dia tak akan bantu kau pun kalau ko sengkek. Jadi, kenapa nak ambil peduli ? Persetankan semua itu..

aku nekad nak mulakan sebab masa dah bermula itu adalah masa saat saat memerlukan duit sgt sgt.. 2010. dtg kerja bergaya tapi hutang sana sini kredit kad dan aku pikir.. nak buat bisness apa yang celat dot duit yer?? aku bukan pandai melihat carta forex untuk meramal duit untung dibursa saham. aku bukan pandai bertukang nak jadi kontraktor duit berkepok dalam bank makan untung. aku bukannyer reti nak tulis dan susun dokumen jadi agen jual tanah dan jual rumah kaya raya makan duit senang. kerja mereka memang senang. namun, berapa lama mereka berusaha capai tahap itu dan prosess belajar jatuh bangun sebelum berjaya tu berapa lama. aku nak mula dari 0 balik ker?
memang amek masa. memang boleh jadi semua tu. kalau kita tekun berusaha.. tapi apakan daya aku nak start hidup baru untuk belajar benda baru. buang masa !!
.
proceed sahaja apa yang ada dan pastinya boleh juga berjaya hidup senang. dah terbuktilah cikgu tadika income ratusan ribu, suri rumah berpuluh ribu income sebulan.. dan dengan buat bisness dengan strategi yang betul memang kita akan dpt dengan pantas. tapi siapa nak ajar aku? mana upline aku? akak aku pun dah x buat tupperware .. aku lost !!
kalau aku terus terusan lost dan nak MENUNGGU orang ajar, berjanggutbla nak faham. aku belajar ringankan mulot tanya orang sana sini. biarlah orang cakap aku apa. dtg asembly sana sini stokis dan main redah belajar dan membaca buku marketing plan tupperware.🚙 aku TAK TUNGGU sapa sapa. aku lah upline .. aku lah downline
.
aku nak give up juga kekadang bile down. nak je masuk bisness baru dan mereka yang berjaya selalu cakap.. fokus fokus..!! tapi berapa lama lagi tahun aku da nak hidup.. mereka yang berjaya.. memang tak ada jalan short cut, ada ranjau duri. aku pun gasak lah rempuh aja. memang macam macam aku harungi. tak sah lah kalau tak nangis meraung.. kena itu ini dan dengki itu ini. salah aku jugak!! salah step.
misi aku nak buru kejayaan. kejayaan tu duit. duit tulah yang boleh membantu hidup kita sempurna.
.
yer.. memang duit tak boleh beli bahagia. tapi duit boleh bantu orang untuk ada masa untuk benda yang baik. ada duit lebih boleh elak pergaduhan keluarga. kita leh sedekah lebih. bantu orang susah.. dan bayar zakat lebih utk teman seagama. kalau kita sengkek. agama kita pun dipandang begitu. orang kata melayu malas dan lembam.
.
mana yang ada depan mata.. teruskan dan buat sehabis habisan.. aku tak nak turn back atau lompat ke bisness lain dah.. aku minta maaf yer kengkawab yang ajak join sana sini. aku nak all out dalam tupperware ini dan makan gaji jadi Cikgu !!
.
memang niaga tupperware tak leh kaya sampai beli jet peribadi ataupun dapat beli rumah sebijik pun dah ok sangat dah. rentak dan keputusan tentang bisness kena pantas. nak tak nak.. tahun 2015 aku beli umah depan umah mak aku kat ampang. tahun lepas 2016.. rezeki beli rumah kat taman medan dan juga di ukay perdana.. aku cakap nanti orang kata aku berlagak. memang aku beli CASH!! itu semua hasil simpanan duit komisen yang aku tak usik selama 1-2 tahun. (maaf kalau pengakuan macam poyo)
.
abg dah letih untuk jadi TAMAK untuk cuba bisness lain. memang bisness yang lain pun hebat juga.. memang MLM lain memang bagi gaji yang byk dan soalnya.. aku tak tak larat nak buat banyak keje.
dengan rezeki ini kalau all out betul betul akan membuah hasil.
soalnya..MAMPUKAH KITA nak mulakan bisness baru ..walhal.. kita dah tahu macam macam. nak mula benda baru memang kena ada kekuatan dan tips yang betul.. hidup pun bukan 1000 tahun. kita bukan malas. tapi berpada mencari rezeki. insyallah. target saya nak gaji sebulan RM100k dan saya nak bantu orang lain je.. jom u olz.. saya cita cita nak bina legasi bisness yang boleh disalurkan kepada ahli keluarga. Tupperware leh
akhirnya.. saya amek keputusan nak buat all out Tupperwate. siang malam pagi petang semua buat tupperware. rasa tak penat langsung buat benda yang kita tahu kita akan berjaya !!
ok u olz
--> sambung pagi ini..
omg banyaknyer typo.. mintak maaf
.
pagi ini aku dtg kerja dengan honda civic yang tupperware bagi.. memang rasa bersyukur dan bertuah sebab RAMAI gile orang yang dah masuk team power. harapan aku. aku nak semua yang masuk bersemangat dan terus mencuba untuk BANGUN kalau jatuh dan hulurkan tangan andai jatuh. AKU akan dtg membantu !!!

penat menaip. Ejaan silap minta ampun ya.

Syamputra Razali TP
012-3993947

~ hati seteguh karang !!

Jom jadi ahli Tupperware






Khamis, 26 Disember 2019

Tupperware Malaysia 2020 : peluang jana pendapatan dengan bisness yang terbukti berjaya

APA lagi yang tak cukup?
.
Ramai orang NAK BERNIAGA

Cuma mereka ada bagi 3 perkara yang menghalang mereka dari berjaya.

1. TIADA MODAL

2. TAK PANDAI

3. TAK ADA SEMANGAT



Bagi membantu kawan kawan yang ada 3 perkara ini. Pakcik dengan rasa semangatnya, ingin beri OFFER terbaik   tahun 2019 dan sempena pembukaan tahun baru 2020

Kalau :
1. TIADA MODAL - pakcik pinjamkan modal, pakcik belikan dulu tupperware dan anda pergi cari order. Barang kat pakcik dan pakcik akan beli siap siap awal bulan supaya semua stok ada dan  mudah untuk anda. Tugas anda hanya perlu promosi dan cari order. Komisen yang dapat dari order itu adalah komisen anda. Paling mudah, segala kerja post dan angkat barang kat stokis, semua pakcik buat. Anda HANYA cari order dari rumah sahaja dan kemudian untung anda ambil. Mudah kan !!

2. TAK PANDAI - pakcik ajarkan dari A sehingga Z. Yang penting belajar baca buku manual dan kalau tak paham boleh tanya. Pakcik boleh ulang 2-3 kali ajar kalau tak faham sampai jelas dan elok dihadam. Benda boleh belajar, pakcik sedia share ilmu. Kalau anda nak belajar dari pakcik dan jual benda lain.. itu anda boleh fikir sendiri. Pakcik nak ajar anda sehingga berjaya dalam  bisnes Tupperware ini. Kalah anda dah sedia untuk di ajar dan boleh diajar, anda yang pakcik cari. Kalau dah rasa boleh berniaga sendiri lagi bagus. Pakcik sedia belajar dan mohon tunjuk ajar sebab pakcik sendiri hauskan ilmu. Yang penting tak malas dan jemu nak belajar. Ilmu tak pernah surut dan semakin banyak yang kita tahu, semakin besar usaha dan semakin besar peluang nak dapat untung dari lubuk rezeki ini.

3. TAK ADA SEMANGAT - pakcik akan siap siapkan apa sahaja hadiah yang berpatutan dengan usaha dan percapaian anda. Ingat.. kalau anda besar percapaian.. pakcik sendiri tak teragak agak nak reward kepada anda. Cuma kalau anda jenis lapar hadiah dan buat RM100 sales nak mintak itu ini, pakcik akan say Next !! Reward tu berpatutan dengan kerja anda. Pakcik akan bantu anda sehingga anda semangat. Hadiah bukan segala gala, galakan adalah reward juga. Poster dan guide juga adalah salah satu dari reward. Semua itu memberikan anda dalam track semangat.

.

3 perkara ini diharapkan dapat membantu anda semua yang masih ada lagi alasan untuk memulakan perniagaan Tupperware ini.

Pendek kata, nak seribu daya..
STOP untuk cipta 1 dalih, START action untuk maju dan cipta kejayaan

Pakcik beri peluang ini untuk anda click link dan daftar terus sebelum tahun baru.

www.wasap.my/60123993947/saya+Nak+Belajar+Niaga+Tupperware

www.wasap.my/60123993947/saya+Nak+Belajar+Niaga+Tupperware

#jadiahlitupperware
#daftaronlinetupperware
#pakciktupperware






























Isnin, 2 Disember 2019

Sejarah asal usul tupperware brands

🧲 ASAL USUL TUPPERWARE 🧲

Pernah pakai Tupperware ?

Semua jenis bekas yang kita guna, kita main sebut Tupperware. Seperti tupperware ini adalah satu benda senonim dengan kehidupan. Seperti ubat gigi kita panggil “colgate”, penyembur nyamuk kita sebut “riset”. Walhal, tanpa kita sedari Tupperware merupakan brand yang diasaskan dari seorang lelaki yang bernama Mr Tupper.

Asal usul Tupperware memang ada drama nyer tersendiri. Tupperware ialah jenama produk rumah yang merangkumi penyediaan, penyimpanan, pembendungan, dan produk untuk dapur dan rumah. Ia juga termasuk bekas plastik yang digunakan untuk menyimpan barangan dan / atau makanan. Pada tahun 1942, Earl Tupper mengembangkan bekas berbentuk loceng pertama; Produk jenama diperkenalkan kepada orang ramai pada tahun 1948.

Ini antara gambar luar dan dalam Tupperware Plant (Kilang Tupperware) sejak dahulu hingga sekarang di 13 lokasi di seluruh dunia. Gambar yang pakcik letak tu masa pakcik pergi trip ke kilang Korea. Tengok proses Tupperware dibuat. Memang best.

HQ Tupperware ialah di Orlando, Florida, Amerika Syarikat. Di Malaysia pula, HQ Tupperware ialah di Subang Jaya.

Tupperware yang ada kat rumah tu pasti datang dari salah satu Tupperware Plant ni. Terdapat 13 lokasi kilang tupperware. Kilang dia ada dekat negara ni :

1. Japan
2. Korea
3. China
4. India
5. Greece
6. Belgium
7. France
8. Portugal
9. South Africa
10. Brazil
11. Venezuela
12. Mexico
13. America Syarikat

Kat gambar juga boleh tengok acuan dan tempat pembuatan Tupperware.

Boleh tengok juga gudang penyimpanan Tupperware yang besar amat!

Boleh jadi tak tenang kalau sampai sini.

Kat gambar juga boleh tengok tempat pembuatan Tupperware.

Kat sini boleh tengok tempat pemeriksaan kualiti produk produk Tupperware.

Standard tinggi dan pakcik sendiri mengukur dan buat ala ala inspection kat kilang mereka.

Perniagaan Tupperware di Malaysia dah pun 54 tahun dan setiap bulan ada sahaja produk baru yang buat pakcik tak boleh tidur. Bukan sahaja cantek tapi sangat berguna untuk kehidupan seharian.

Bukan biasa biasa tempatnya. Setiap tupperware melalui proses pemeriksaan sebelum dijual. Kelihatan juga bilik pelawat di salah sebuah loji pembuatan tupperware.

Jom #SHARE untuk manfaat bersama

Ramai orang tahu Tupperware memang jenama yang dah menjadi satu sebutan manusia setiap hari.. apa sahaja bekas plastik dipanggil TUPPERWARE walaupun bekas plastik biasa.

Kebanyakkan orang dah menganggap Tupperware sebagai satu produk yang mana kualitinya tiada bandingan. Pakcik sering dengar emak emak marah anak anak sebab tercicirkan tupperware bekal yang dibawa ke sekolah.

Ada juga peristiwa yang viral tentang pesakit di hospital yang mengamuk tupperwarenya hilang wal hal tupperware nya salah letak ditempat lain.

Penggunaan produk berbahan plastik ini bukan sebagai plastik makanan sahaja iaitu sebagai tempat makanan yang seringkali dihubungkan dengan berbagai masalah kesihatan yang menimpa manusia, seperti penyakit kanser dan gangguan reproduksi.

Memang, tidak semua plastik menimbulkan kesan berbahaya bagi kesihatan tubuh. Oleh sebab itu, disinilah pentingnya untuk mengetahui mana produk plastik yang baik dan mana yang tidak.

Menurut The Green Guide, sebuah website dan majalah yang didedikasikan untuk greener living milik the National Geographic Society, produk plastik yang elok dan baik digunakan untuk pemakaian berulang adalah yang terbuat dari high-density polyethylene (HDPE atau plastik jenis 2), low-density polyethylene (LDPE atau plastik jenis 4) dan polipropilene (PP atau plastik jenis 5). Sebahagian besar produk Tupperware dibuat dari bahan LDPE dan PP (plastik jenis 4 dan 5). Bahan tersebut dianggap tidak berbahaya untuk digunakan sebagai bekas makanan dan dapat digunakan secara berulang ulang. Kesan cahaya dan kepanasan juga tidak memberikan kesan kepada tubuh badan. Jenuh jugak pakcik dengar ceramah kat kilang membuat Tupperware di Korea tahun 2013. Pakcik memang teruja bila boleh masuk kilang dan buat tour hampir 2 jam.

Banyak produk plastik yang dijual di pasar-pasar dan jenama yang lain, dengan jenis yang berbeza beza. Yang penting untuk Anda hindari adalah bekas plastik yang dibuat dari bahan polikarbonat (plastik jenis 7). Bekas plastik jenis 7 ini telah terbukti dapat melepaskan bahan kimia berbahaya– atau yang dikenal dengan hormone-disrupting chemical Bisphenol A (BPA)-ke dalam makanan setelah penggunaan berulang. Itulah puncanya..

Selain BPA, terdapat juga zat-zat kimia lain yang biasa ditemukan pada berbagai bekas plastik. Pakcik study sikit buku yang diberikan dan pakcik dapti plastik yang dibuat dari polietilen tereftalat (PET atau PETE, atau plastik jenis 1)-seperti pada botol minuman bersoda-tidak masalah jika digunakan hanya sekali pakai. Tetapi akan memberi kesan karsinogenik (bahaya) bila digunakan lebih dari sekali. Hal ini disebabkan oleh adanya pelepasan hormone-disrupting phthalates. Pening kan kalau baca. Pakcik pun pening.

Demikian pula dengan beberapa bekas plastik yang terbuat dari polivinil Klorida (PVC, atau plastik jenis 3). Bahan ini terbukti dapat melepaskan zat-zat kimia penyebab kanser. Selain itu, bekas plastik yang dibuat dari bahan polistirena (PS, atau plastik tipe 6, juga dikenal dengan nama Styrofoam), memiliki kesan yang sangat berbahaya bagi kesihatan. Kat Malaysia, memang dah diharamkan sebab kesan ia melekat pada makanan yang panas.

Melalui baca pakcik, Styrene yang merupakan bahan dasar dari styrofoam dapat berinteraksi dengan kulit, mata, bahkan dapat menyebabkan gangguan pernafasan, depresi, efek kelelahan, gangguan ginjal, serta kerusakan sistem syaraf pusat. Pakcik rasa insaf terus bila baca dan taubat tak nak gunakan dah.

Betapa banyak bekas plastik di sekitar kita yang ternyata memiliki kesan berbahaya bagi kesihatan. Lebih parah, seringkali kita mengabaikan hal ini dengan berbagai alasan seperti ingin pakai sekali jer, modal tak ada, mahal dan sebenarnya kita punya pengetahuan kita tentang hal di atas sangat celek dan kesedaran tak ada. Lantas pakcik dulu dulu pun main guna je dan kini risau ada kesan tu sebab ia makan masa dengan badan kita. Oleh kerana itu, sudah saatnya kita lebih peduli terhadap kesihatan baik diri kita, anak-anak kita, orang tua dan semua orang yang kita sayangi. Sesuatu yang murah tidak selamanya baik. Biar berbaloi beli namun kita sihat. Memilih Tupperwarw adalah salah satu cara kita menjaga kesihatan aga dapat mencegah dari mengubati.

Pakcik menyeru anda semua. Buat perubahan dan jom gunakan produk tupperware ye. Penat pakcik berleter..

Untuk yang nak beli atau nak jadi agen.. meh click dibawah ini untuk masuk ahli dan bantu orang lain untuk share manfaatnya..

👇🏻👇🏻👇🏻👇🏻👇🏻

www.wasap.my/60123993947/Join+ahli+Pakcik+Tupperware

www.wasap.my/60123993947/Join+ahli+Pakcik+Tupperware

www.wasap.my/60123993947/Join+ahli+Pakcik+Tupperware

#ExtendAHand
#TupperwareMalaysia
#TupperwareTeamPower
#Pakciktupperware
#SyamputraRazali
#Tupperwareforlife
TWB Extend A Hand









Ahad, 1 Disember 2019

Usahawan ampang wajib join class pakcik

CLASS ONLINE PAKCIK

✅ Ramai yang mengeloh cakap.. saya dah jenuh + penat + all out buat promosi tapi tak nampak hasil dan tetap krik krik sahaja. Hampir berejam rejam sampai letih dah jari jemari promote.

☂️ Berniaga ini bukan macam MAKAN. Banyak makan dan kenyang dan jadi buntal. Berniaga ini kena ada CARA dan strategi. Pakcik buka peluang belajar dan ketahui cara yang mudah yang pakcik buat. Follow sahaja. InsyaAllah berjaya..

✅Semalam kita belajar part 1 marketing plan dalam Tupperware dan hari ini kita sambung lagi. Terima kasih yang stay dalam group NEWBIE. Semoga kita semua berjaya..

✅Janji temu pakcik malam ini .. 9.30 mlm

Kepada anda yang nak JOIN.. boleh whats app pakcik..

Click sini ya
👇👇👇👇
www.wasap.my/60123993947/Join+class+Pakcik+Tupperware

www.wasap.my/60123993947/Join+class+Pakcik+Tupperware

www.wasap.my/60123993947/Join+class+Pakcik+Tupperware

#ExtendAHand
#TupperwareMalaysia
#TupperwareTeamPower
#Pakciktupperware
#SyamputraRazali
#Tupperwareforlife

AGEN TUPPERWARE YANG ADA MASALAH DALAM SALES MESTI JOIN CLASS PAKCIK NI. RAHSIA LETOPKAN SALES DALAM MASA 90 HARI

.

Berita baik kepada agen Tupperware yang ada masalah sales sendu, tersekat kat tempat yang sama bertahun tahun serta berpeluh nak buat sales RM3000 sebulan.

Jika anda ada hati dan impian nak naikkan sales pada tahun 2020 ini, andalah yang pakcik cari.

Jom belajar cara " RAHSIA SEJUTA Sales" cara Pakcik Tupperware a.k.a Syamputra Razali.

Pakcik pelawa anda untuk masukkan diri anda ke class secara online Pakcik "SUPER POWER START 2020 "

.

Anda mungkin terlepas class sebelum ni. Jangan risau peluang datang lagi. Jom pulun sales tahun 2020 akan datang. Persiapan strategi tahun 2019. Belum terlambat utk berusaha !
.

click DAFTAR disini sekarang
Klik sini  www.wasap.my/60123993947/join+Class+pakcik

.

SIAPA PAKCIK?

1. Pengalaman 10 tahun dlm industri Tupperware
2. Pengalaman close sales RM670,000 sebulan. Pecah rekod dlm industri Tupperware yang mana lelaki secara part time dan tanpa Stokis.
3. Organisasi team member Lebih 6000 orang seluruh Malaysia
4. Executive Director rank up
5. Qualifier Trip lebih 9 Negara
6. Rainbow Award Executive Director
7.  Chain of Confident Award
8. Top Sales Award & Top Recruiter Award
9. Tupperware Plannet Award 2019
10. Tupperware Honda Civic Car Achiever
11. Tupper OctoBest Goals Achievers
.

APA YG ANDA AKAN DAPAT DALAM CLASS PAKCIK INI ?

1. Belajar " ONLINE " bagaikan face to face menggunakan voice noted dan juga penulisan serta video dari pengalaman sebenar pakcik yang berjaya cara buat sales daripada ZERO to HERO !
2. "Teknik Rahsia" yang pakcik gunakan sehingga berjaya close organisation sales  RM670k !
3. Rahsia macam mana nak complete DIQ untuk jadi director dalam masa 30hari
4. Belajar bercakap dan tips buat party Tupperware cara pakcik
5. Teknik "P.O.W.E.R" yang pakcik guna untuk pujuk prospek daftar ahli dan buat bisnes dengan serius
6. Cara "Handling objection & Alasan" daripada prospek atau downline baru
7. Cara ubah mindset dan berfikir cara orang yg berjaya
8. Strategi Tracking yang vass
9. Bina networking dan kuasa viral di media sosial
10. Membina tabiat positif dan circle yang positif
11. dan banyak lagi....

.

Jom sertai class online "SUPER POWER START 2020 . Class akan berlangsung seperti berikut:
.
Tempat: Whats App Group “NEWBIE POWER”
Tarikh: Disember 2019
Masa: 9.00 mlm - 10.00 mlm
Kekerapan class akan diadakan setiap hari kecuali hari minggu.

.

Tempat dalam class adalah sangat terhad. JOIN sekarang !!
PERCUMA untuk 50 orang yang terawal !

.

Klik sini https://bit.ly/ClassOnlinePakcik
Klik sini https://bit.ly/ClassOnlinePakcik
Klik sini https://bit.ly/ClassOnlinePakcik

.

#classonline #tupperwareteampower #pakciktupperware










iklan bawah

🌟 LIVE TIKTOK PAKCIK TUPPERWARE — JUALAN NAK GAJI + HARGA LELOOONG + HADIAH ISTIMEWA! 🌟

  🌟 LIVE TIKTOK PAKCIK TUPPERWARE — JUALAN NAK GAJI + HARGA LELOOONG + HADIAH ISTIMEWA! 🌟 💥 BERSAMA JUARA BULAN BINTANG NEXT TOP MODEL 20...